Puisi untuk Nelayan Jingga

Intro:
Sila panggung hati sehari
Bunga melur di diamkan
Kalau cantik sungguh di hati
Dalam tidur aku nyanyikan
Itu dulu…
Sekarang dah lain
Alang sampan boleh terkaram
Inikan pula pendayung di tangan
Di celah-celah buih itu ada harapan
Jauh di sudut sanubari cerita kehidupan
Antara 2 insan yang keletihan
Sesuap nasi di perjudikan
Bersabung nyawa di tengah lautan
Seorang lagi menunggu penuh harapan
Kalau ada, adalah bekalan
Kalau tiada, merintih kehampaan
Buih-buih itu semakin menghilang
Ditelan lautan yang amat dalam
Hati kecilnya terkadang di bawa angin
Hati besarnya pula seolah di benam perasaan
Jingga pagi tetap keluar
Putih tengah hari pula adalah pasti
Tetapi apabila jingga petang kembali
Senja pula menjadi penggantinya….
Hak Milik Asal: rohaizad dot com
